![[ Photo of Ambassador Keith ]](/bnet/images/ambkeith_small.jpg) |
Duta Besar James Keith
|
James Keith mengangkat sumpah sebagai Duta Besar Amerika Syarikat ke Malaysia pada 24 Julai, 2007. Sebelum itu, beliau
ialah Timbalan Penyelaras Kumpulan Bertindak Demam Selsema Avian, iaitu satu organisasi di bawah Jabatan Negara A.S. yang
dibentuk untuk memberi maklumbalas dan bersedia untuk menghadapi ancaman demam selsema Avian. Beliau pernah bertugas sebagai
Timbalan Naib Setiausaha bagi negara China, Mongolia, Taiwan, Hong Kong dan Macau di Jabatan Negara A.S. di Washington sehingga
Ogos 2006. Sebelum itu, beliau merupakan Konsul Besar Amerika Syarikat di Hong Kong dari tahun 2002 sehingga April 2005.
Sebelum bertugas di Hong Kong, Encik Keith merupakan Pengarah di Pejabat Perhubungan Cina di Jabatan Negara A.S. Encik Keith
juga ialah seorang yang bekerjaya sebagai Pegawai Perkhidmatan Luar. Beliau pernah berkhidmat di Washington di bahagian
Perhubungan Asia, dan perbah berkhidmat di beberapa kedutaan A.S. di Beijing, Jakarta dan Seoul. Selain dari itu jawatan
Perkhidmatan Luar yang pernah dijawat, Encik Keith juga pernah menjadi ahli dalam Majlis Keselamatan Kebangsaan di bawah
Presiden Bush pada awal tahun 1990-an serta President Clinton pada akhir 1990-an.
Encik Keith dilahirkan di Roanoke, Virginia. Beliau pernah tinggal dan membesar di Tokyo, Jakarta, Hong Kong dan
Taipei. Beliau memulakan kerjaya di dalam Perkhidmatan Luar A.S. pada tahun 1980 selepas tamat pengajian dengan Ijazah dalam
Bahasa Inggeris dari College of William and Mary di Williamsburg, Virginia. Beliau pernah mempelajari bahasa Mandarin, Korea,
Malaysia dan Indonesia.
Encik Keith telah berkahwin dengan Jan Carter; beliau dan isteri mempunyai enam orang anak.
|