Embassy seal Perkhidmatan Visa Bukan Imigran A.S.
Laman web ini menyediakan maklumat berkenaan perkhidmatan visa bukan imigran
376 Jalan Tun Razak, Kuala Lumpur, Malaysia. Tel: 603-2168-5000 Fax: 603-2148-5801.
flagbar
English

BAGAIMANA UNTUK MEMOHON VISA BUKAN IMIGRAN

Maklumat Am

Untuk makluman anda, penerangan ringkas tentang jenis-jenis visa yang kami keluarkan serta bagaimana untuk memohon setiap jenis visa terdapat di bahagian bawah laman ini. Maklumat penuh bagaimana untuk memohon setiap jenis visa boleh didapati di sini. Untuk maklumat lanjut berkenaan polisi visa A.S., klasifikasi visa dan keperluan untuk jenis visa yang spesifik, sila kunjungi laman web visa Jabatan Negara.

Jenis Visa

Visa Perniagaan atau Lawatan
Visa Transit
Visa Anak Kapal
Visa Pelabur dan Triti Perniagaan (Treaty Trader)
Visa Pelajar dan Pertukaran Pelawat
Visa Pekerja Sementara
Visa Tunang
Visa Pekerja Keagamaan

Visa untuk ke Amerika Syarikat bagi tujuan Perniagaan (B-1), Lawatan atau Rawatan Perubatan (B-2)

Visa pelawat B1/B2 adalah jenis yang paling banyak dikeluarkan. Pemohon visa pelawat mesti menunjukkan bahawa mereka layak memohon seperti yang diperuntukkan dibawah Akta Imigrasi dan Kebangsaan. Undang-undang mengandaikan bahawa setiap pemohon visa pelawat akan berhajat untuk menjadi imigran. Pemohon visa pelawat mesti mengatasi andaian ini dengan membuktikan bahawa:

  • Matlamat perjalanan mereka ke A.S. adalah tujuan perniagaan, lawatan atau rawatan perubatan;
  • Mereka bercadang untuk tinggal dalam tempoh yang spesifik dan terhad;
  • Mereka memiliki bukti kewangan untuk membiayai perbelanjaan di Amerika Syarikat;
  • Mereka memiliki bukti ikatan sosial dan ekonomi di negara asal; dan
  • Mereka memiliki tempat tinggal di luar A.S. serta tanggungjawab lain di tempat asal yang akan memastikan mereka kembali setelah tamat tempoh lawatan.
Untuk memohon visa pelawat, anda perlu membawa dokumen seperti berikut:

  1. Permohonan Visa Bukan Imigran (DS-156). Anda boleh mengisi versi elektronik permohonan DS-156 ini secara atas talian. Setelah selesai, sila cetak borang ini, turunkan tandatangan dan kemudian bawa ia bersama ke Kedutaan untuk sesi temuduga anda.
  2. Permohonan Visa Bukan Imigran Tambahan (DS-157). Borang ini hanya untuk diisi oleh pemohon lelaki berusia antara 16 dan 45 tahun. Borang DS-157 tidak boleh diisi dalam format elektronik tetapi anda boleh mencetak salinan borang tersebut di DS-157.pdf.
  3. Paspot baru dan terdahulu.
  4. Sekeping foto berukuran 2x2 inci berlatarkan warna putih atau putih kekuningan. Foto tersebut mestilah diambil dalam lingkungan 6 bulan sebelumnya dan menampakkan keseluruhan bahagian muka.
  5. Salinan resit berwarna merah jambu sebagai bukti pembayaran proses permohonan (RM380) dari mana-mana cawangan RHB Bank.
  6. Lain-lain dokumen yang dapat menyokong permohonan visa anda.
Visa Transit (Visa C)

Pelawat yang akan singgah di A.S. kini perlu memiliki visa transit. Syarat dan keperluan untuk visa transit adalah sama dengan visa pelawat (lihat atas). Adalah lebih baik sekiranya pemohon dapat menunjukkan jadual perjalanan seterusnya selepas A.S. Pada dasarnya, anda sepatutnya telahpun memiliki visa untuk perjalanan yang seterusnya sebelum memohon visa A.S.
Visa Anak Kapal (Visa D)

Syarat dan keperluan permohonan untuk anak kapal pada dasarnya adalah sama dengan visa pelawat (lihat atas). Kesemua pemohon visa anak kapal juga mesti membawa surat asal permohonan visa dari majikan atau ejen pekerja. Pelaut pula hendaklah membawa bersama Buku Pelaut mereka.
Visa Pelabur dan Triti Perniagaan (Treaty Trader) (Visa E)

Sila berhubung dengan pejabat konsular di
klconsular@state.gov untuk mendapatkan maklumat tentang visa Pelabur dan Triti Perniagaan (Treaty Trader).
Visa Pelajar (F-1 dan M-1) dan Pertukaran Pelawat (J-1)

Kami akan memberi keutamaan kepada pemohon visa pelajar dan pertukaran pelawat. Sukacita dimaklumkan bahawa setiap pemohon visa pelajar yang layak telahpun menerima visa masing-masing untuk mendaftar masuk sesi semester musim bunga/luruh 2004 yang lalu.

Kami menggalakkan pelajar-pelajar yang akan memasuki institusi pendidikan di Amerika agar menghubungi dan mengunjungi Malaysian-American Commission on Educational Exchange (MACEE). Perkhidmatan perunding pelajar MACEE adalah percuma dan kakitangannya boleh memberi nasihat tentang kesemua aspek seperti syarat dan keperluan kemasukkan, kurikulum, kos, biasiswa serta kehidupan pelajar di A.S. MACEE juga boleh membantu anda mengisi borang permohonan visa elektronik dan cara pembayaran yuran tertentu. Anda boleh menghubungi MACEE di 03-2166 8878 atau mengunjungi lokasi baru mereka di Tingkat 11, Menara Kemayan, 160 Jalan Ampang, 50450 KL.

Pastikan anda sedia maklum tentang perbezaan prosedur antara pemohon visa pelajar lelaki dan perempuan. Untuk memohon visa pelajar atau pertukaran pelawat, anda perlu membawa dokumen seperti berikut:

Semua Pemohon Visa Pelajar
  1. Permohonan Visa Bukan Imigran (DS-156). Anda boleh mengisi versi elektronik permohonan DS-156 ini secara atas talian. Setelah selesai, sila cetak borang ini, turunkan tandatangan dan kemudian bawa ia bersama ke Kedutaan untuk sesi temuduga anda.
  2. Maklumat Untuk Dihubungi dan Sejarah Kerja (Borang DS-158). Borang DS-158 tidak boleh diisi dalam format elektronik tetapi anda boleh mencetak salinan borang tersebut di DS-158.pdf.
  3. Paspot baru dan lama. .
  4. Sekeping foto berukuran 2x2 inci berlatarkan warna putih atau putih kekuningan. Foto tersebut mestilah diambil dalam lingkungan 6 bulan sebelumnya dan menampakkan keseluruhan bahagian muka.
  5. Salinan resit berwarna merah jambu sebagai bukti pembayaran proses permohonan (RM380) dari mana-mana cawangan RHB Bank.
  6. Borang I-20 atau DS-2019 dari institusi atau program yang akan diikuti.
  7. Borang I-901 pengiriman yuran SEVIS anda.
  8. Dokumen kewangan
  9. Lain-lain dokumen yang dapat menyokong permohonan visa anda.
Pemohon Visa Pelajar Lelaki

Sebagai tambahan kepada yang diatas, pemohon lelaki juga mesti menyerahkan Permohonan Visa Bukan Imigran Tambahan (DS-157). Borang DS-157 tidak boleh diisi dalam format elektronik tetapi anda boleh mencetak salinan borang tersebut di DS-157.pdf.

Pemohon lelaki hendaklah memulakan proses permohonan sebaik sahaja mereka mendapat tempat di institusi yang hendak dimasuki meskipun mereka masih tidak memiliki dokumen 6 hingga 9 seperti di atas. Ini akan membolehkan pihak kami menyelesaikan sebarang pelepasan sebelum tarikh anda berangkat.

Pemohon Visa Pelajar Perempuan

Pemohon perempuan hendaklah memulakan proses permohonan sebaik sahaja mereka memiliki kesemua dokumen 1 hingga 9 seperti di atas tetapi tidak melebihi 90 hari sebelum tarikh mereka dijadualkan tiba di Amerika Syarikat. Visa Pekerja Sementara (Visa H, L, O, P dan Q)

Untuk kami mempertimbangkan permohonan visa di bawah klasifikasi ini, bakal majikan atau ejen pemohon hendaklah memfailkan Borang I-129, (Petisyen untuk Pekerja Bukan Imigran) dengan Biro Perkhidmatan Kewarganegaraan dan Imigrasi Amerika Syarikat (BCIS) di Jabatan Keselamatan Dalam Negeri. Sebaik sahaja diluluskan, majikan atau ejen pekerja akan menerima notis kelulusan iaitu borang I-797.

Untuk memohon visa pekerja sementara, anda perlu membawa dokumen seperti berikut:

  1. Permohonan Visa Bukan Imigran (DS-156). Anda boleh mengisi versi elektronik permohonan DS-156 ini secara atas talian. Setelah selesai, sila cetak borang ini, turunkan tandatangan dan kemudian bawa ia bersama ke Kedutaan untuk sesi temuduga anda.
  2. Permohonan Visa Bukan Imigran Tambahan (DS-157). Borang ini hanya untuk diisi oleh pemohon lelaki berusia antara 16 dan 45 tahun. Borang DS-157 tidak boleh diisi dalam format elektronik tetapi anda boleh mencetak salinan borang tersebut di DS-157.pdf.
  3. Borang I-797 (Notis Kelulusan) yang asal.
  4. Untuk Petisyen Blanket L-1, tiga salinan borang I-129 (Petisyen untuk Pekerja Bukan Imigran) adalah diperlukan.
  5. Walaupun lazimnya borang itu tidak diperlukan untuk lain-lain kategori pekerja sementara, kebanyakan pegawai visa berpendapat adakala mereka perlu melihat salinan borang I-129 (Petisyen untuk Pekerja Bukan Imigran) dan adakala akan memintanya.
  6. Paspot baru dan lama.
  7. Sekeping foto berukuran 2x2 inci berlatarkan warna putih atau putih kekuningan. Foto tersebut mestilah diambil dalam lingkungan 6 bulan sebelumnya dan menampakkan keseluruhan bahagian muka.
  8. Salinan resit berwarna merah jambu sebagai bukti pembayaran proses permohonan (RM380) dari mana-mana cawangan RHB Bank.
  9. Lain-lain dokumen yang dapat menyokong permohonan visa anda. Sekiranya anda sedang memperbaharui visa H1B, sila bawa bersama slip gaji, borang W-2 atau borang cukai pendapatan terkini dari majikan di A.S.
  10. Bayaran sebanyak USD9 atau persamaan nilai dalam tukaran Ringgit Malaysia bagi setiap visa yang dikeluarkan. Bayaran mestilah dijelaskan secara tunai; sekiranya bayaran dibuat dengan bank deraf ataupun cek, is mestilah di atas nama "U.S. Embassy."
Visa Tunang (Visa K)

Untuk maklumat tentang visa tunang, sila lihat
Visa Imigran. Visa Pekerja Keagamaan (Visa R)

Untuk memohon visa pekerja keagamaan, anda perlu membawa dokumen seperti berikut:

  1. Permohonan Visa Bukan Imigran (DS-156). Anda boleh mengisi versi elektronik permohonan DS-156 ini secara atas talian. Setelah selesai, sila cetak borang ini, turunkan tandatangan dan kemudian bawa ia bersama ke Kedutaan untuk sesi temuduga anda.
  2. Permohonan Visa Bukan Imigran Tambahan (DS-157). Borang ini hanya untuk diisi oleh pemohon lelaki berusia antara 16 dan 45 tahun. Borang DS-157 tidak boleh diisi dalam format elektronik tetapi anda boleh mencetak salinan borang tersebut di DS-157.pdf.
  3. Paspot baru dan lama.
  4. Sekeping foto berukuran 2x2 inci berlatarkan warna putih atau putih kekuningan. Foto tersebut mestilah diambil dalam lingkungan 6 bulan sebelumnya dan menampakkan keseluruhan bahagian muka.
  5. Salinan resit berwarna merah jambu sebagai bukti pembayaran proses permohonan (RM380) dari mana-mana cawangan RHB Bank.
  6. Lain-lain dokumen yang dapat membuktikan anda layak untuk mendapatkan visa ini.

Waktu Operasi Perkhidmatan Visa Bukan Imigran: Isnin - Jumaat 7:45 a.m. - 10:00 a.m.
E-mel: Khidmat Visa | Khidmat Komersial | Pusat Sumber Lincoln

This site is produced and maintained by the Lincoln Resource Center, Public Affairs Office, U.S. Embassy Malaysia. Links to other Internet sites should not be construed as an endorsement of the views contained therein.

Indeks | Laman Web Utama  |  Jabatan Negara AS  |  Privacy Notice |  | Webmaster