|
Kenyataan Akhbar
Sean McCormack
Washington, DC
18 September, 2008
Penggunaan Akta Keselamatan Dalam Negeri di Malaysia
Amerika Syarikat memandang dengan serius tentang penggunaan Akta Keselamatan Dalam Negeri oleh Kerajaan Malaysia baru-baru
ini dan kemungkinan yang ianya akan digunakan sekali lagi untuk menahan para pemimpin pembangkang. Kenyataan oleh seorang
pemimpin kerajaan tentang seorang pemimpin utama pihak pembangkang sebagai "ancaman kepada ekonomi dan keselamatan negara"
adalah sangat membimbangkan.
Amerika Syarikat dengan tegasnya percaya bahawa Undang-Undang Keselamatan Negara seperti ISA sepatutnya tidak boleh
digunakan untuk membatasi atau menghalang usaha mencapai kebebasan demokratik sejagat atau memberi pendapat politik secara aman.
Penahanan pemimpin-pemimpin pembangkang di bawah ISA boleh dilihat oleh Amerika Syarikat dan komuniti antarabangsa sebagai
pelanggaran dasar dan nilai hak demokrasi.
|