Embassy seal Perkhidmatan Visa Bukan Imigran
Laman web ini menyediakan maklumat perkhidmatan visa bukan imigran.
376 Jalan Tun Razak, Kuala Lumpur, Malaysia. Tel: 603-2168-5000 Fax: 603-2148-5801.
flagbar
English

Borang Permohonan Visa Elektronik

Kenapa saya perlu menggunakan borang permohonan elektronik?

Penggunaan borang elektronik boleh mempercepatkan proses permohonan visa baik untuk anda mahupun pihak Kedutaan. Apabila anda telah selesai mengisi dan mencetak borang elektronik tersebut, anda akan mendapati ia mengandungi kod bar seperti yang terdapat pada barangan di pasaraya. Apabila anda membawa borang tersebut ke Kedutaan, kami dapat mengimbas biodata anda terus daripada kod bar tersebut dan tidak perlu memasukkan data ke dalam komputer secara manual. Pihak kami pula akan menemuduga pemohon yang memiliki kod bar terlebih dahulu. Oleh itu, penggunaan borang elektronik sebenarnya dapat menjimatkan masa anda menunggu untuk ditemuduga.

Bagaimana saya hendak menghantar borang elektronik tersebut ke Kedutaan?

Borang eletronik tersebut tidak dihantar ke Kedutaan. Apabila anda selesai mengisi borang tersebut, ia perlu dicetak dan kemudian menandatanganinya. Kemudian anda bawa borang yang telah dicetak pada hari yang telah anda pilih (melalui sistem penjadualan secara online) ke kedutaan untuk ditemuduga.

Adakah pihak Kedutaan akan menjadualkan tarikh temuduga bagi saya?

Tidak. Kami mempunyai sistem penjadualan yang membenarkan anda memilih tarikh dan waktu ketibaan untuk temuduga anda. Dengan sistem baru ini, pemohon dapat membuat perancangan dan tidak membuang masa menunggu di barisan. Sekiranya pemohon tiba tiga puluh (30) minit lewat daripada masa yang dipilih, pemohon tidak akan ditemuduga pada hari tersebut dan mesti memilih jadual baru. Klik di sini untuk Temuduga Visa: Sistem Penjadualan Secara Online.

Saya tidak dapat guna/cetak borang permohonan elektronik tersebut. Apa yang perlu saya lakukan?

Anda mungkin perlu menunggu beberapa jam dan kemudian cuba lagi. Adakalanya laman web berkenaan mengalamai masalah dan maklumat tidak dapat diakses.

Sekiranya anda mengalami masalah mendapatkan format akhir atau tidak dapat melihat borang tersebut, anda mungkin perlu memasang perisian Adobe Acrobat terlebih dahulu. Perisian tersebut boleh didapati secara percuma di: http://www.adobe.com/products/acrobat/readstep2.html.

Pelajar-pelajar boleh menyiapkan pengisian borang permohonan elektronik mereka di Malaysian-American Commission on Educational Exchange (MACEE). Laman web MACEE ialah http://www.macee.org.my/ dan boleh menghubungi talian 03-2166 8878.

Akhir sekali, sekiranya anda masih mengalami masalah mendapatkan borang permohonan elektronik di komputer anda, kami nasihatkan anda menggunakan komputer yang lain. Ejen pelancongan juga kemungkinan boleh membantu mengisi borang elektronik tersebut.


Waktu Operasi Kedutaan: Isnin - Jumaat 7:45 pg. - 4:30 ptg. Tel: 603-2168-5000 Faks: 603-2142-2207. 
E-mel: Khidmat Visa | Khidmat Komersil | Pusat Sumber Lincoln

Laman web ini dihasil dan dikendalikan oleh Pusat Sumber Lincoln Pejabat Perhubungan Awam, Kedutaan A.S.

Indeks | Laman Web Utama  |  Jabatan Negara  |  Notis Privasi |  | Webmaster