embassy seal US Department of State
U.S. Embassy Malaysia flag graphic
 

Acara & Peristiwa

Menebus Guna Kawasan Hutan: Sukarelawan Komuniti Berkumpul untuk Menanam Pokok pada Hari Hutan Sedunia

Wakil-wakil daripada beberapa kumpulan sukarelawan bergambar dengan kakitangan Jabatan Perhutanan Negeri Selangor, GEC, CIMB, dan Kedutaan A.S. di depan papan tanda yang didirikan untuk  memperingati aktiviti penanaman pokok.

Seramai lebih 500 orang telah hadir untuk menanam pokok di kawasan tanah gambut di Hutan Paya Gambut Raja Musa di Selangor pada Sabtu, 21 Mac. Jabatan Negara A.S. menyokong acara tersebut dengan memberi geran kepada Pusat Alam Sekitar Sedunia yang membolehkannya melancarkan usaha pemuliharaan hutan ini dengan rakan-rakan kongsinya, iaitu Jabatan Perhutanan Selangor, CIMB Islamic EcoSave, dan Pusat Kepelbagaian Biologi ASEAN (ACB). Program pemulihan hutan di daerah Kuala Selangor, Selangor, ini akan menanam puluhan ribu pokok untuk mencegah kebakaran tanah gambut dan jerebu serta pemanasan global. Kumpulan alam sekitar komuniti Eco Warriors Malaysia dan YAWA juga menyokong usaha ini dan menyumbangkan kemampuan jaringan mereka untuk memastikan ramai yang datang pada acara tersebut.

Hutan tanah gambut merupakan ekosistem yang paling penting dalam pencegahan pemanasan global dan Malaysia mempunyai luas permukaan hutan tanah gambut yang ketiga terbesar di dunia. Rakyat Malaysia boleh mengambil pelbagai langkah untuk melindungi ekosistem penting ini dan ramai sudah pun melakukan sesuatu seperti menyertai aktiviti menanam pokok pada hujung minggu ini. Beberapa acara penanaman pokok telahpun dirancangkan pada bulan-bulan akan datang. Bagi mendapatkan maklumat lanjut, sila layari http://www.gecnet.info/.

Melalui Program Islamic EcoSave yang inovatif, CIMB membuat sumbangan tahunan terhadap perlindungan alam sekitar berdasarkan jumlah dana yang dipegang oleh para pemegang akaun EcoSave CIMB.

Berkenaan tapak Tanaman - Hutan Simpan Paya Gambut Raja Musa

Hutan Simpan Paya Gambut Raja Musa merupakan sebahagian daripada Hutan Paya Gambut Selangor Utara (HPGSU) yang terletak berhampiran Berjuntai Bestari,Batang Berjuntai di bahagian utara negeri Selangor.

Jumlah keluasan tanah gambut di Malaysia adalah kira-kira 2.5 juta hektar. Daripada jumlah ini, sebanyak kira-kira 90% telah ditebang atau musnah. Hutan Paya Gambut Selangor Utara merupakan antara kawasan hutan paya gambut bersempadan yang masih wujud di Semenanjung Malaysia. Kawasan ini meliputi keluasan kira-kira 70,000 hektar, termasuk Hutan Simpan Sungai Karang di utara dan Hutan Simpan Paya Gambut Raja Musa. Hutan paya gambut tersebut mempunyai pelbagai fungsi penting, termasuk mengawal iklim, membekal air kepada Skim Padi Tanjung Karang, memulihara kepelbagaian biologi, dan membentuk sumber terhad hasil balak.

Hutan Simpan Paya Gambut Raja Musa meliputi kawasan seluas 23,000 hektar. Malangnya, selama 10 tahun kebelakangan ini lebih 500 hektar hutan simpan ini telah ditebang dan dibakar secara haram bagi tujuan pertanian dan ini telah menimbulkan masalah persekitaran dan masalah lain di kawasan-kawasan yang berhampiran. Asap daripada pembakaran di kawasan tersebut menjejaskan kesihatan ribuan penduduk di kawasan berdekatan dan menyumbang kepada jerebu di seluruh kawasan Lembah Klang. Penebangan dan kebakaran juga telah membebaskan ribuan tan gas rumah hijau yang menyumbang kepada perubahan iklim global.

Kerajaan negeri Selangor telah mengiktiraf HPGSU sebagai tapak pemuliharan penting sumber hutan dan tanah gambut dan menjalankan program besar-besaran bagi memindah keluar para peneroka haram daripada 500 hektar hutan simpan tersebut serta memulihkan semula keadaan asal hutan tersebut. Ini merupakan salah satu projek pemulihan hutan yang terbesar di Malaysia.  

Acara & Peristiwa lain

 

kembali ke atas ^

— JARINGAN PENTING —

Duta Besar
Timbalan Ketua Misi
Perhubungan Awam
Peluang Perniagaan
Atase Pertahanan
Ekonomi
Pertanian
Pejabat Konsular
Lain-Lain


     Laman ini dikendalikan oleh Jabatan Negara AS.
     Sebarang pautan luar ke laman internet yang lain tidak boleh dianggap sebagai pengendorsan terhadap pandangan atau polisi privasi yang terkandung di dalamnya.
Embassy of the United States