embassy seal US Department of State
U.S. Embassy Malaysia flag graphic
DCM
 

David B. Shear

Timbalan Ketua Perwakilan


Biografi

David B. Shear memulakan kerja sebagai Timbalan Ketua Perwakilan di Kedutaan Amerika Syarikat di Kuala Lumpur pada 24hb Ogos, 2005.

Encik Shear mula menyertai Jabatan Negara Amerika Syarikat pada tahun 1982, dan pernah berkhidmat di luar negara seperti di Beijing, Tokyo dan Sapporo. Semasa di Washington, beliau pernah berkhidmat di Jabatan Negara, Bahagian Hal Ehwal Cina, Jepun dan Korea dan sebagai Penolong Khas kepada Setiausaha Pertahanan Bahagian Hal Ehwal Politik. Encik Shear adalah penerima Anugerah Penghormatan Tertinggi dan Anugerah Perkhidmatan Kebaktian Pertahanan Awam Pentagon Jabatan Negara.

Encik Shear tamat belajar dari Kolej Earlham pada tahun 1975. Beliau mempunyai Sarjana dalam bidang Perhubungan Antarabangsa dari Sekolah Penggajian Antarabangsa, Johns Hopkins. Beliau juga pernah belajar di Universiti Cornell, Waseda, Taiwan dan Nanjing. Beliau merupakan seorang bekas pelajar Felow Rusk dari Institut Penggajian Diplomasi, Universiti Georgetown pada tahun 1997-98. Encik Shear boleh bertutur dalam bahasa Mandarin dan Jepun. Beliau berkahwin dengan Barbara Chai Shear dan mempunyai seorang anak perempuan. Beliau dan isteri minat bermain golf dan skuasy dan mereka berdua mempunyai kelayakan kelas pertama dalam kendo (permainan pedang Jepun). Mereka juga banyak membaca dan suka mengumpul DVD filem klasik dan negara asing.


Timbalan Ketua Misi adalah pegawai kedua tertinggi di Kedutaan Besar Amerika Syarikat di Malaysia. Beliau juga merupakan "Ketua Pegawai Operasi" di kedutaan Amerika ini dan bertanggungjawab ke atas urusan harian pentadbiran Kedutaan. Selaku timbalan kepada Duta Besar, beliau berhak menggantinya dan bercakap bagi pihaknya dalam semua hal. Semasa ketiadaan Duta Besar, beliau secara rasmi menggantikannya sebagai pegawai tertinggi Amerika Syarikat, berkhidmat secara rasmi sebagai Charge d'affaires ad interim di kedutaan ini.

kembali ke atas ^

— JARINGAN PENTING —

Duta Besar
• Timbalan Ketua Perwakilan
Perhubungan Awam
Peluang Perniagaan
Atase Pertahanan
Ekonomi
Pertanian
Pejabat Konsular
Lain-lain


     Laman ini dikendalikan oleh Jabatan Negara AS.
     Sebarang pautan luar ke laman internet yang lain tidak boleh dianggap sebagai pengendorsan terhadap pandangan atau polisi privasi yang terkandung di dalamnya.
Embassy of the United States