embassy seal US Department of State
U.S. Embassy Malaysia flag graphic
Kedutaan
Cuti Umum
> Pejabat-pejabat
Duta Besar
Khidmat Konsular

Privasi

Maklumat Privasi

Kenyataan Privasi Kami tidak mengumpul sebarang maklumat peribadi semasa anda melawat laman kami, kecuali jika anda sendiri yang membekalkannya kepada kami. Namun, kami mengumpul dan menyimpan secara automatik nama domain akses Internet yang anda gunakan (.com, .edu, etc.); tarikh dan masa anda mengakses laman kami; dan alamat Internet laman web (seperti engin carian atau halaman rujukan) dari mana anda membuat capaian ke laman kami. Kami menggunakan maklumat yang dikumpul untuk mengira bilangan pelawat ke halaman-halaman yang berbeza dalam laman kami dan juga untuk memperbaikkan lagi laman web ini supaya lebih bermanfaat kepada pelawat seperti anda.

Jika Anda Menghantar E-Mel Kepada Kami

Anda boleh memberikan maklumat peribadi kepada kami, melalui e-mel misalnya, berserta sebarang komen atau soalan. Kami menggunakan maklumat ini untuk meningkatkan perkhidmatan kami kepada anda atau memberi maklum balas kepada permintaan anda. Kadang kala kami akan menyalurkan e-mel anda ke agensi kerajaan A.S. yang lain yang mungkin lebih berkelayakan untuk membantu anda. Kita tidak berkongsi e-mel dengan mana-mana organisasi luar yang lain, kecuali bagi tujuan penyiasatan oleh penguatkuasa undang-undang yang sah.

Pautan ke Laman Web Luar

Laman web kami mengandungi pelbagai pautan ke agensi-agensi, kedutaan-kedutaan, organisasi-organisasi berbilang hala, dan organisasi-organisasi swasta di Amerika Syarikat dan negara-negara lain. Apabila anda menjejaki suatu pautan ke laman web yang lain, anda tidak lagi berada dalam laman web kami dan oleh itu, anda akan tertakluk kepada dasar privasi laman web baru itu.

Segala langkah telah diambil untuk menyediakan maklumat yang tepat dan lengkap. Namun, kami tidak boleh memberi jaminan bahawa ianya adalah bebas ralat. Berkaitan dokumen dan maklumat dalam laman web ini, pihak kedutaan, kakitangan kedutaan, dan kontraktor kedutaan tidak memberikan sebarang jaminan, sama ada tersurat atau tersirat, termasuk waranti-waranti kebolehdagangan dan kewajaran bagi tujuan tertentu berkaitan dokumen-dokumen yang sedia ada dalam laman web ini. Tambahan, pihak kedutaan tidak bertanggungjawab terhadap kejituan, kesempurnaan, atau kebergunaan sebarang maklumat, produk, atau proses yang terdapat dalam laman webnya. Pihak kami juga tidak memberi jaminan bahawa penggunaan maklumat, produk, atau proses tersebut tidak akan melanggari hak-hak persendirian. Bagi tujuan keselamatan serta memastikan perkhidmatan ini sentiasa sedia ada kepada semua pengguna, Jabatan Negara menggunakan program-program perisian untuk memantau trafik rangkaian bagi mengenal pasti cubaan tanpa kebenaran memuat naik atau mengubahkan maklumat atau menyebabkan kerosakan. Cubaan tanpa kebenaran untuk memuat naik atau mengubahkan maklumat dilarang sama sekali dan boleh dikenakan hukuman bawah Akta Penipuan dan Penyalahgunaan Komputer 1986. Maklumat juga boleh digunakan untuk penyiasatan penguatkuasa undang-undang yang sah. Selain tujuan-tujuan di atas, tiada cubaan lain akan dibuat untuk mengenal pasti pengguna-pengguna individu atau sikap penggunaan masing-masing. Cubaan tanpa kebenaran untuk memuat naik dan/atau mengubahkan maklumat dalam laman-laman web ini adalah dilarang sama sekali dan boleh disabitkan kesalahan bawah Akta Penipuan dan Penyalahgunaan Komputer 1986 dan Judul 18 U.S.C. Sec. 1001 dan 1030.

kembali ke atas ^

— JARINGAN PENTING —

Duta Besar
Timbalan Ketua Perwakilan
Perhubungan Awam
Peluang Perniagaan
Atase Pertahanan
Ekonomi
Pertanian
Pejabat Konsular
Lain-Lain


     Laman ini dikendalikan oleh Jabatan Negara AS.
     Sebarang pautan luar ke laman internet yang lain tidak boleh dianggap sebagai pengendorsan terhadap pandangan atau polisi privasi yang terkandung di dalamnya.
Embassy of the United States