embassy seal US Department of State
U.S. Embassy Malaysia flag graphic
 

Acara & Peristiwa

Kerja Berpasukan di Kem Pengayaan Bahasa Inggeris di Perpustakaan Kuala Lumpur

Sesi menarik tentang Dr. Martin Luther King, Jr.

Pada 4 Jun, seramai 80 pelajar Malaysia daripada 8 buah sekolah menengah di Kuala Lumpur telah menyertai Program Pengayaan Bahasa Inggeris Sudut Lincoln selama satu hari. Program dimulakan dengan sesi suaikenal yang direka bentuk untuk menggalak para pelajar berbual-bual sesama mereka dalam bahasa Inggeris. Para pelajar berpeluang mempelajari tentang budaya Amerika dan kepentingan bekerjasama secara berpasukan dalam menentukan nama pasukan serta pasukan sorak masing-masing. Mereka juga menyertai dan bersaing dalam permainan mencari maklumat di Sudut Lincoln dengan menjawab soalan-soalan dalam bidang geografi, sejarah, dan politik Amerika Syarikat.

Program ini juga melibatkan sesi tentang sukan Amerika, muzik Amerika, dan ungkapan bahasa Inggeris Amerika, di mana para pelajar mengundi bahagian persembahan yang menjadi pilihan kegemaran mereka. Sepanjang hari, para pelajar juga berpeluang berinteraksi dengan para pegawai Kedutaan Amerika yang mengetuai sesi-sesi tersebut. Pelajar-pelajar memberi komen bahawa mereka "amat seronok melakukan aktiviti-aktiviti" dan "banyak mempelajari tentang budaya Amerika."  

Acara & Peristiwa lain

 

kembali ke atas ^

— JARINGAN PENTING —

Duta Besar
Timbalan Ketua Misi
Perhubungan Awam
Peluang Perniagaan
Atase Pertahanan
Ekonomi
Pertanian
Pejabat Konsular
Lain-Lain


     Laman ini dikendalikan oleh Jabatan Negara AS.
     Sebarang pautan luar ke laman internet yang lain tidak boleh dianggap sebagai pengendorsan terhadap pandangan atau polisi privasi yang terkandung di dalamnya.
Embassy of the United States